top of page

Dia tak akan kembali
Written on 1 Aug 2021

Semua sudah berakhir
Hanya bertemu untuk seketika
Sedih dan risau tak terhingga
Dia sudah pergi jauh
Jauh dari pangkuan-ku
Dia sudah hilang dari pemandangan-ku
Rasa bingung
Rasa gusar
Dia pergi begitu sahaja
Tidak mungkin boleh menjadi sekadar sahabat sebab perasaan terlalu kuat untuk-nya
Jadi lebih baik pergi jauh dari-nya untuk selama-nya
sebagai penghormatan seorang sahabat
Aku perempuan jadi hati harus dijaga dengan iman
Islam akan sentiasa jadi bendera hidup-ku
Dan hati-ku hanya untuk Allah
Percintaan adalah jihad yang paling perit
Jihad yang boleh dekat-kan diri-ku kepada syurga-NYA
Dia sudah pergi
Aku hanya di sini
Membawa hati yang sudah berkecai kerana dia.
Sayang menjadi benci
benci bertambah benci
Tapi benci tetap menjadi sayang
Hanya doa untuk-ku sampai-kan rindu kepada-nya
Doa semoga Allah menjaga hati-nya untuk-ku
Doa semoga hidayah Islam menusuk ke hati-nya
Sebagai doa sayang untuk-nya
Islam itu indah dan sangat sempurna
Semoga dia menerima hidayah
Semoga Allah melindungi-nya dari api neraka
Semoga dia jatuh cinta dengan Islam
Dan hati-nya penuh dengan keimanan yang deras
Dan supaya kalau jodoh kuat
Dia kembali kepada pangkuan-ku
Dan mengulas kata-kata rindu untuk diri-ku
Dan membina kehidupan yang penuh kebahagiaan
Dan mengembara bersama
Dan ketawa dan gaduh mulut bersama
Selalu bersama hingga ke Jannah
Amin
Kesedaran dari mimpi
Written on 6 Aug 2021

Aku rasa tersepit dalam alam mimpi-ku
mimpi-ku yang sangat ngeri
tidak pernah aku rasa selama ini
Adakah ini gara-gara doa di bulan Ramadhan dimakbulkan Tuhan?
Waktu ini aku meminta jodoh-ku untuk mencari-ku dan berjumpa dengan-ku.
Di bulan Ramadhan, ia berlaku dan aku rasa dicubit mimpi yang indah
Tapi, dia bukan sama kepercayaan dengan-ku
Aku menjadi takut dan aku segera berundur
Tapi aku pulang di pangkuan-nya
Dan kami berkawan semula
Dia sangat memahami dan mendengar semua perjalanan kehidupan-ku
Tapi takdir sudah menentukan perpisahan kita
Aku berharap dia hanya jodoh ramadhan sebentar dan untuk seketika yang Allah pinjamkan
Dia betul betul segala-nya yang ku-harapkan dalam jodoh-ku
Tapi tidak mungkin sebab ia terlalu mustahil sebab dia bukan sama agama dengan-ku
Dia sudah jauh di seberang tambak
Dan lebih baik aku berundur sepenuhnya sebagai tanda penghormatan
Aku berdoa kita tidak akan berjumpa lagi kerana ia mimpi yang ngeri dan diharamkan untuk masuk dalam kehidupan-ku sebab aku takut
Aku takut sebab doa-ku selalu dimakbulkan Tuhan, walaupun bukan setiap doa
Aku harus berhati-hati pabila aku doakan jodoh-ku
Aku takut mimpi ngeri datang lagi
seperti bangun dari tidur dalam gelap yang hening dan penuh syahdu
Semoga Ramadhan datang lagi untuk menjemput-ku!
Kesyukuran
Written on the 12 August 2021

Aku sangat bersyukur kerana diberikan nafas baru
Masa lalu terlalu pahit dan masih terpahat di ingatan-ku
Aku baru sedar betapa daif-nya aku
Aku terlalu jauh dari jalan yang lurus
Aku sangat bersyukur kerana Allah masih sayang-kan aku
Aku bersyukur Allah mengetuk pintu hati-ku untuk bertaubat
Masih ada ruang untuk bertaubat
Masih ada ruang untuk pulang ke pangkal jalan
Hati yang tenang
Written on the 22 Aug 2021

Pabila aku merentas awan yang memutih
Pemikiran bercelaru bak api yang bergelagak
Jadi aku menghirup angin yang tenang
Ku mengenggam awan yang ternyata tiada isi-nya
Ia sekadar asap tebal dan lembut, selembut hati-ku
Ku panjatkan doa ke langit
Ku berdoa supaya ketenangan ini akan sentiasa dalam hati sanubari-ku
Ku baring di atas awan,
Ku penjam-kan mata untuk merasakan indah ketenangan ini,
Ku mengambil nafas lega
Rasa lega sebab menanti lembaran baru yang ternyata lebih indah dari awan mendung yang dahsyat
Hati ini rasa gembira dan puas
Umur-ku sudah meningkat
Lebih baik aku kejar impian yang sedang menanti diri-ku
Sebab esok hari, mungkin nyawa-ku sudah tiada lagi
Ku penjam mata-ku sekali lagi dan rasa hikmah di atas segala kesusahan-ku
Alhamdullilah!
Bunga berduri
Written on the 22 Aug 2021

Ku menggenggam tangan-ku dengan sekuntum bunga
Aku seperti bunga tapi bunga yang penuh duri yang berdarah
Aku seperti bunga tapi bunga yang tidak boleh disentuh
Ku berjalan menuju seorang wanita miskin
Ku hadiah-kan sekuntum bunga pada nya
Ku mencium tangan wanita yang rasa-nya sangat kasar
Ku memeluk wanita itu tanda sayang
Wanita itu berkata
Di mana mahu kamu pergi
Aku menjawab
Aku mahu pergi ke sebuah taman yang ada bunga-bunga tersebut
Aku seperti bunga
Yang mengembang dengan kelopak yang sangat cantik
Aku seperti bunga
Aku sayang diri-ku
Aku cinta diri-ku
Aku adalah aku
Aku bukan engkau
Engkau bukan aku
Keresahan
Written on the 27 Sep 2021

Keresahan menjelma tiap kali ku-lihat langit di luar jendela,
Ku-rasa diri-ku tidak cukup bagus di mata dunia,
Tidak cukup pintar
Tidak cukup pengetahuan ilmu
Tidak cukup berani untuk menggapai impian
Ku-selalu bayangkan diri-ku melayari dunia di alam pemikiran-ku
Ku rasa diri-ku ingin sekali berbicara dengan manusia lain
Tapi aku gugup dan takut untuk berbicara
Apatah lagi untuk mengucapkan selamat siang dan petang
Aku rasa resah, teramat resah terutama di waktu petang dan malam
Apa mungkin aku dapat luahkan kata-kata-ku
Apa mungkin aku dapat berjalan di tepi sawah padi
Tempatnya nyaman dan damai seperti berada di Jawa Timur
Aku ingat sekali nenek moyang-ku tinggal di Jawa Timur
Haruskah aku menjelajah ke arah sana untuk menghilangkan keresahan-ku?
Apakah harus-ku buat untuk menghilangkan keresahan ini
Aku menggengam tangan-ku dengan erat dan berteriak di naungan malam
Aku resah dan rasa gelisah dengan hidup-ku ini
Tiada tempat untuk-ku meluahkan keluhan yang datang bertalu-talu
Mungkin ini ujian Tuhan yang sedang merindui diri-ku ini dengan kasih dan sayang.
Belayar ke Timur Tengah
Written on the 1 Oct 2021

Burung berterbangan ke barat laut
Mencari rezeki untuk diri mereka
Walaupun jauh, tapi mahu juga ke sana untuk kebaikan
Burung melintasi perairan Timur Tengah dengan tenang
Walaupun banyak unsur ketidaktenteram di sana, ia masih ke sana
Di suatu tempat yang paling istimewa, tempat yang banyak sejarahnya
Iaitu bandar merah mawar
Bandar ini pernah menjadi tempat berdagang yang sangat sibuk
Malangya, ditakluki oleh empayar Roman
Dan bandar merah mawar ini pernah dimusnah oleh gempa bumi yang dahsyat
MasyaAllah!
Burung berkicauan pada waktu petang,
ingin sekali belayar lagi ke peta dunia yang lain,
Ke arah mana harus burung ini menuju?
Ke arah mana harus burung menghirup udara yang segar di waktu pagi?
Mungkinkah, burung ini akan dan masih mengingati memori indah di bandar bawah merah?
Mungkin?
Ingin Pergi
Written on the 4 April 2022

Fikiran-ku bercelaru dengan keadaan diri-ku
Cinta yang tak dibalas
Ku-tiada arah tuju
Ku-tiada misi tersendiri
Ku seperti mawar yang hampir hampir terkulai
Ku- seperti tidak bernyawa
Ku- hanya mampu mengenggam setangkai bunga padi
Ia bergerak mengikut arus angin
Pabila ku-mengenggam-nya, ia lembut di jari jemari-ku.
Ku ingin terus pergi dari dunia ini
Ku ingin terus pergi dari peta dunia ini
Aku malu dengan keadaan diri-ku
Aku tidak berani untuk bangkit dari tidur-ku
Aku hanya mahu duduk di tengah-tengah sawah padi
Jauh dari kelibat manusia
Ku ingin lari...itulah kata hati-ku...
Ku-benar-benar tidak mampu berdepan dengan manusia.
Tapi apakan daya, aku harus berdepan dengan manusia
Itulah semulajadi-nya,
Jika tidak, aku akan jatuh sakit seperti dulu
putusnya cinta
Created on 17 May '23

tiada cinta dari-mu
ku-hanya kasihkan kamu
ku sudah tiada rasa terhadap diri-mu
sudah sekian lama ke mengharungi masa ini
hati-ku sudah berdamai
untuk tidak mengharapkan cinta-mu
jika memang kita bukan ditakdir-kan bersama
ku sudah redha kamu bukan jodoh-ku
hanya ingin mengucapkan selamat jalan
dan selamat pergi
selamat tinggal
hati-ku sakit untuk memahami diri-mu
ikatan persahabatan kita sudah punah rana.
Jadi yang tinggal hanya kenangan
dan sujud syukur kerana kamu telah pergi buat selama-lamanya.
Pertama kali ku-melihatmu
Aku rasa gugup
Apa yang boleh ku-katakan
kerana dia tidak menyimpan rasa sayang
dia hanya berdiam diri.
aku rasa hatiku terbelenggu
kerana hati ini masih mendambakan si dia
kisah kita sudah tiada lagi
tiada harapan jika kita dapat bersama
setiap saat sudah berlalu
ku sudah hentikan diri ini daripada mengelamun tentang diri-mu
hati-ku bukan untuk hati-mu
hanya aku yang tersilap langkah
sudah sekian lama ku menunggu-mu
tapi kelibat mu tidak pernah muncul.
Maafkan aku atas segalanya
Gugup
Written on 4 June'23

Cinta sejati
Written on the 27 Aug 2023

Ku-menunggu kehadiran-mu sejak ku-kecil
Pabila takdir menemukan kami berdua
Tubuh-ku dikena ombak elektrik dan hati-ku bergoncang
Pabila aku marah, aku rasa tenang pabila melihat wajah-mu
Ketenangan itu menenangkan hati-ku
Aku rasa tersangat bahagia bersama-mu walaupun setakat sahabat
Aku belajar tentang makna kehidupan dengan kehadiran-mu
Ku-harap dapat selalu mendoakan dirimu supaya dilindungi Allah sentiasa
Supaya diberi panduan ke arah kebaikan dan benar.
Aku berdoa semoga diri-mu dapat melayari kehidupan yang penuh onak dan duri
Aku akan menunggu diri-mu di alam ini dan di alam seterusnya
Aku akan menunggu diri-mu wahai cinta sejati-ku
Hanya tangisan rindu yang dapat meyeliputi-ku dengan ketenangan
Mohamad Fareed Bin Hamzah Abdullah Kong
Nama-mu indah sekali di hati-ku
Aku akan mengingati nama-mu hingga ke syurga
Aku akan menyahut nama-mu di sana supaya diri-mu dapat kembali kepada-ku
Amin rabbalalamin.
bottom of page